- Affiliate Marketing adalah satu jenis perniagaan Internet yang popular dan menjadi batu lonjatan bagi ramai usahawan Internet yang terkenal kini. Salah satu contoh terbaik di Malaysia ialah Irfan Khairi, pengasas Rahsia Internet.
- Dua contoh bisnes Affiliate Marketing yang amat laris dan popular di dunia ialah Amazon dan Ebay. Bermula pada pertengahan 1990'an, kini kedua syarikat ini telah menjadi tonggak dan mercu kejayaan perniagaan ala ini. Dua contoh lain ialah Commission Junction dan Clickbank.
- Dalam model perniagaan ini, seseorang tidak perlu ada produk atau laman webnya tersendiri. Ia menjual produk orang lain dan mendapat komisyen dari hasil penjualan produk tersebut, tertakluk kepada syarat dan kadar yang ditetapkan oleh syarikat affiliate itu. Clickbank pada amnya memberi komisyen antara 40-50% bagi setiap produk yang dijual. Amazon pula menghadkan komisyen pada kadar 4% bagi kebanyakkan produknya. Namun, setiap model bisnes Affiliate ini ada kelebihannya tersendiri, dan semuanya laku!
- Tiada perlu menyimpan stok, tiada masalah penghantaran produk dsbnya. Semuanya diuruskan oleh syarikat berkenaan. Affiliate cuma mempromosikan produk dan menghalakan pengunjung ke laman web affiliate yang diberikan oleh syarikat berkenaan.
Bagaimanakah Affiliate Marketing berfungsi? Mula-mula anda perlu:
- Mohon menjadi ahli dalam sesuatu syarikat, seperti Amazon atau Ebay, lazimnya percuma. Anda akan diberi satu affiliate link (pautan) persendirian. Nama link anda dan laman syarikat itu seakan-akan sama cuma ada pertambahan kobinasi huruf dan/atau nombor dipenghujung link anda. Ini adalah untuk memastikan apabila pengunjung membeli seuatu produk syarikat itu melalui link anda, komisyen itu akan masuk ke dalam akaun affiliate anda secara otomatik.
- Pilih produk-produk tersedia dari laman web syarikat berkenaan yang anda rasa laris dan hangat mendapat sambutan dari orang ramai.
- Promosikan produk-produk pilihan anda di tempat-tempat strategik di Internet seperti Forum, Facebook, Twitter dan melalui emel.
- Setiap hujung bulan, syarikat akan mengirim cek berdasarkan komisyen yang anda telah jana dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Affiliate Marketing juga boleh dijalankan secara offline. Ada sesetengah syarikat yang menjalankan bisnes mereka secara kombinasi online dan offline. Ini memastikan pulangan yang paling baik bagi ahli. Ada juga yang mengenakan bayaran menjadi ahli dalam syarikat dan menggalakan ahli untuk mengrekrut affiliate-affiliate lain ke dalam program Affiliate syarikat berkenaan. Kaedah ini melipatgandakan pendapatan ahli. Lebih ramai anda rekrut, lebih banyak lagi pendapatan anda.
Di bawah ini adalah satu contoh laman web Affiliate Amazon:
Kami berharap penerangan di atas sedikit sebanyak telah menjawab beberapa soalan am mengenai perniagaan Internet bermodelkan Affiliate Marketing.
Sehingga lain kali, di mana kami akan menemukan anda dengan syarikat Affiliate terulung di Malaysia dan bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada kejayaannya!
Salam dari kami.
No comments:
Post a Comment