Kami adalah dua orang infopreneur yang secara kebetulan telah terserempak dengan satu kaedah pemasaran affiliate yang bertapak di Malaysia yang amat menarik. Ianya bermula dari satu iklan yang di akhbar Metro pada awal bulan Februari 2011 lalu. Yang menjadikannya lebih menarik, ianya di sokong sepenuhnya oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) dan MDEC, badan yang menguruskan MSC (Multimedia Super Corridor) Malaysia.
Jadi, dari Mac-April, kami berdua berganding bahu berusaha mendirikan perniagaan pemasaran affiliate ini secara offline. Sukacita juga ingin kami berkongsi dalam masa dua bulan ini kami sudah pun nampak hasil awal titik peluh itu.
Pada masa yang sama, kami juga melihat peluang perniagaan ini untuk bertapak di Internet. Justeru itu, terhasillah blog ini - sebagai satu gerbang informasi bagi sesiapa yang ingin mengetahui sedikit sebanyak mengenai Pemasaran Internet (Internet Marketing) dan salah satu cabangnya iaitu Pemasaran Affiliate, atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Affiliate Marketing.
- Apa bendanya pemasaran affiliate ini?
- Mengapakah saya harus berminat dalam bisnes seperti ini?
- Apakah kebaikkan pemasaran affiliate ini?
- Apakah bisnes ini boleh dipercayai?
- Adakah kos yang dikenakan?
- Betulkah seseorang itu dapat cari makan melalui cara ini?
- Adakah ia berbaloi?
Kami akhiri utusan kali ini dengan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melawat laman blog ini. Adalah harapan kami dalam minggu-minggu yang akan datang kita semua boleh merai manfaat dari perkongsian yang berlaku disini, baik dari segi memperoleh ilmu, menjalin persahabatan atau mencari sumber kewangan baru dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekian,
Kumar & Jude
p.s. Lagu berikut ini adalah salah satu favourite dari tahun 80an. Ia ada mesejnya yang tersendiri untuk anda semua.... Enjoy!
No comments:
Post a Comment